Pages

Sunday, May 9, 2010

Pemimpin Sejati

The Zikr - Dunia Baru Islam (wif lyric)

purdah suatu tuntutan atau sekadar ikutan..

Persoalan memakai purdah atau yang disebut sebagai niqab bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah yang diiktiraf. Maksudnya para `ulama berbeza pendapat mengenainya atas kaedah dan hujah yang diiktiraf untuk kedua-dua pihak.
Ada di ulama kalangan yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah `aurat. Jumhur fuqaha... See More’ (majoriti ulama fiqh) pula menganggap wajah wanita bukannya `aurat. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-majmu’ , katanya: “Sesungguhnya `aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad”
~hukum yg kite gne tuk purdah adalah sunat..terpulang la nk pakai atau x..tp kalo ikut waqi'e skrg,xde mslh pn kalo x pakai sbb xde mdatangkn kemudaratan

Muhasabah Cinta

Saturday, May 8, 2010

gerhana matahari tanda kiamat semakin hampir..


gerhana matahari bukti keajaiban dunia kerana pada masa itu bumi,bulan, matahari berada dalam satu baris.

selalunya, akan keluar berita- berita akan lokasi tempat gerhana matahari. dan pada masa itu kita akn lihat berpusu-pusulah manusia berkumpul menanti dan merakam saat-saat bersejarah tersebut.

tetapi kita lupa, sebab- sebab berlakunya kiamat juga disebabkan matahari,, yang terbit disebelah barat, masa tu tak bergunalah taubat dan keimanan orang kafir.

jangan cakap Allah itu zolim,, berapa banyak waktu yang telah Dia beri untuk kita beriman, dan bertaubat tapi kita sia-siakan.

selalunya kalau berlaku fenomena sebegini jarang kita tengok media bertanya pada ulama' yang di cariknya,, saintis-saintis barat,,

sepatut kita amik iktibar,, kalau zaman nabi dahulu,, nabi mengajak sahabt solat sunat gerhana , dan berhutbah sehinggalah ada satu waktu nabi menangis,, tapi kita la nie,, leh siap buat event tepi pantai,, nak tengok gerhana matahari punya pasal. nauzubillah.

tak perasan ker,, kita sekarang gerhana satu tahun berapa, tak ke pelik tue. dulu gerhana 100 tahun sekali pun susah..

marilah melihat akan kemarahan Allah kepada kita,, dan bertaubatlah pada setiap waktu.

negara islam tetapi pemimpin haram..


ukhwah..??? isteri tersayang.


nie la ukhwah nama yer,, terharu melihat. bertepuk musuh islam melihat budaya islam yang semakin tak segan silu ditunjukkan,, bercampur lelaki dan perempuan.

mana ada ukhwah dengan orang bukan islam, islam menjelaskan dalam ukhwah itu terbina atas dasar aqidah.

orang bukan islam ada ker aqidah, niat mereka hanya nak memganyang umat ada lah.

kalau dengan kafir zimmi tue buka ukhwah,, tapi kesian jew atau tolong-menolong.

tapi hat nie macam mana dah terang lgi di suluh,, berukhwah dengan musuh islam,, agak-agak nak kata macam mana.

nie lah contoh islam hadhri yang nak di julang-julang sangat,
hingga mencampurkan antara haq dan batil.

matlamat tak pernah menghalalkan cara.. lihat mesra sungguh,, kalau macam tue dengan rakyat alahai,, bagusnya. pucuk di cita ulam mendatang,, nauzubillah.

sebab itulah artis sekarang nie,, makin menjadi-jadi senario yer,, bcoz ada sponser besar..
agak-agak wajib tak kita patuh dan taat pada pemimpin yang sebegini.

memang kita diwajibkan patuh, berkasih-sayang dan menolong pemimpin. bahkan dalam al-quran sendiri disebut,, tetapi yang bagaimana punya jenis.

pemimpin yang adil, tak menindas rakyat, tak salah guna kuasa.. kalau pemimpin yang awal-awal lagi bercucuk sanggul,, tabarruj,, menghina hukum Allah,, kena tolak jangan pandang dah..

malaysia negara yang hanya manis dimulut tapi lidah bercabang,, boikot israel tapi Aphco.. tetap disokong,, sehingga sekarang palestiene masih menumpang di negara sendiri.
dan negara haram israel pulak makin membangun dan menceroboh gaza, masjidil aqso.

sedih mana,, pergi semua pemuda dan pemudi,, yang saya lihat lebih gemar memginfakkan tenaga untuk hiburan, hatta nak membantu gaza pun kena buat konsert dan maksiat.

sebab itulah kita kena lakukan perubahan pada pemerintahan negara kita yang jelas-jelas menyeleweng.

memang cantik gambar nie,, hubungan diplomatik antara dua negara, bendera malaysia pun lebih kurang jew dgn Amerika cuma kurang bintang jew.

inilah usaha pemimpin kita yang tersayang untuk memboikot israel dan sekutunya dari terus menganas kepada saudara seislam kita di palestine dan iraq.

syabas,, diucapkan atas satu penghinaan yang dilakukan terhadap umat islam sedunia yang dilakukan oleh pemimpin kita ini.

sokongan yang diberikan memang padu dengan berjambat musuh sendiri, di saat anak-anak islam terus kelaparan, meraung rumah mereka di robohkan, anak menjadi yatim. dan
negara kita telah berjaya melakukan satu hubungan diplomatik yang akan tersimpan dalam sejarah dunia selama-lamanya.

satu kenyataan yang kita semua tahu,, musuh islam akan terus menganas dan mengayang semua umat islam,, selagi mana tidak wujud kesatuan dalam negara islam dan pemimpinnya untuk menyelamatkan dan membangunkan islam.

usaha hanya tinggal nama,, sekiranya dalam diri kita sesama islam masih berniat buruk dan menentang kebangkitan islam kerana terdapat musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan.

menetang tujuan mengunakan platfom islam untuk islam adalah tujuan sebenar mereka, kerana mereka takut melihat kebangkitan roh-roh islam.

kita masih tertidor dalam dalam jaga kerana membiarkan musuh islam terus meneruskan menjalankan agenda fremonsoray,, merosakkan jiwa umat islam.

bangunlah demi islam pemuda.

Gelombang Keadilan

islam itu di julang dalam kelembutan dan ketegasan

kita tengok betapa tegas yer seorang pemimpin ini dalam menegakkan islam dalam diri dan daulat yer.

tak pernah mengalah walaupun dunia memboikot ekonomi dan menjalankan jarum fitnah dalam kepimpinan yer,, itulah pemimpin Qudwah hasanah yang kita cari.

tak takut walaupun diuji dengan mehnah dan tribulasi dalam memimpin negara ke arah bi'ah solehah. tak gentar walaupun diugut dengan pelbagai tohmahan.

kita boleh jadi seperti dia,, kalau hati mahu. berjuang untuk kembali merampas sinar islam yang mana umat yer semakin kelam dengan akhlak. saya teringat pada kalam seorang sahabat " perjuangan islam tak menjamin kesenangan tapi meletak kita kedalam kesusahan dan thodhiah"

perjuangan islam ini, matlamat yer sangat jauh kerana hadaf kita adalah khulafa' islamiah.

tetapi hingga kini, sesama islam itu pun sendiri berseteru,, takut untuk berjihad,, Allah telah membeli nyawa , harta orang muslim dengan syurga, pasai apa Allah pulak yang membeli produknya sendiri,, bcoz manusia nie kedekut.

kita adalah gelombang perubahan kerana kita adalah jundi dan Qiyadah,, serta pemuda yang masih kuat,, ingat sejarah telah membuktikan segalanya.
Maha suci Allah yang menjadikan sekalian alam serta memberikan rezeki kepada semua makhluknya.

Tergerak hati untuk berkongsi ilmu yang setitik daripada air lautan ini kepada semua sahabat. diharap saya tidak menulis dengan panduan nafsu tetapi ilham daripada yang dianugerahkan kepada hati.
Cinta merupakan anugerah dan fitrah yang diberi Allah kepada manusia, nabi adam sendiri semasa berada disyurga merasakan kesunyian sehingga Allah menciptakan hawa kepada adam sebagai peneman dan pengubat kepada kesunyian yang dirasakan.

Tetapi hari ini, remaja bagaikan tiada lagi yang lebih utama selain bertuhankan cinta untuk segala hal, maka timbullah kalimah cinta terlarang.

Sedangkan islam itu konsepnya sangat luas, memerlukan kepada hubungan kepada iman, jihad, kepimpinan dan sesame manusia.

Sedangkan sejarah telah membuktikan tertegakkannya islam itu daripada kehebatan para remaja seperti saladin dan al-fateh. Yang mana pembukaan kota contanstinopal itu daripada seorang remaja. Sedih sangat melihat diri remaja yang semakin hanyut, tidak sedarkah kita kehidupan kita didunia mempunyai tugas yang tidak menjamin kerehatan.

Hari ini, saya semakin faham bahana ujian cinta terlarang nie. Kita tengok tiap waktu ada sahaja kes rogol, buang bayi, anak luar nikah dan macam hal lah.

Kalau sahabat- sahabat masih ingat kisah,, aisyah yang murtad,, juga disebabkan kisah cinta terlarang,, mmg susah nak tarbiyyah hati supaya lebih mengutamakan cinta Illahi dan rasul.

Dalam al-quran menyebut nabi itu lebih utama dari orang mukmin,, kadang –kadang disebabkan cinta kita lebuh mengutamakan kekasih lebih daripada diri sendiri, sebab itulah kita kena lebihkan Allah dan rasul dari diri sebdiri dan keluarga.

Satu lagi kalau kita ikut, setiap kali berlangsung sambutan new year, merdeka pasti besok yer,, keluar kat berita tangkapan haluwat secara yang meningkat drastik.

Pastu, sembilan bulan yer bertebur lah dalam tong-tong sampah baby yang kena buang . itulah bahana yer cinta terlarang.

Friday, May 7, 2010

dendam..........

Dendam….

Dendam mmg setiap manusia lumrahnya ada sifat negetif dalam diri, keran kita bukan ma’sum terpelihara spt para nabi.

Tapi setakat mana perasaan dendam tue dapat memberi ketenangan dalam diri kita. maksud saya di sini apabila kita berdendam pada seseorang yang pernah mempermainkan, mengkhianati hidup kita. itu hanya memberi tekanan dan impak negetif pada setiap pandangan dan perbuatan kita.

Saya nie,, bercakap macam pakar kaunseling lah plak,, tapi percaya lah islam itu lebih banyak mengalakkan kita bersabar dan memberi kemaafan kepada orang yang telah m

Saya berpegang pada nasihat seorang sahabat, katanya “Allah akan redha, apabila kita redha pada dia”. Disini lah kata kunci untuk mencari ketenangan dalam setiap mehnah dan tribulasi.

Allah nak membeli kita untuk syurganya,, kerana syurga itu maharnya sangat mahal,, mana lah cukup dengan perkara biasa-biasa jew.

“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan, syurga bagi orang kafir”.

Caranya kita kena mentarbiyyah diri supaya salimul sodri atau berlapang dada.. serta bersangka baik pada Allah setiap waktu.

Tetapi kenyataan susahkan.

Sebab itulah Allah itu memberi kita ujian supaya kita kembali,, dan membina taqarrub dengan illahi. Kerana Allah tidak memberi ujian dan taklifat kepada hambanya di luar kemampuan.

Dalam kes dendam nie, kadang-kadang orang yang kita nampak low profile, hamble nie yang lebih memendam perasaan dan berisiko besar untuk menjadi pendendam, kerana mereka nie golongan yang jenis tidak mahu menceritakan masalah peribadi kepada orang lain. Akhirnya membawa kepada kemurungan dan tindakan yang luar biasa.

Bahaya kan sebenar orang yang macam tue, saya faham mungkin disebabkan fobia yang tinggi menyebabkan mereka nie takut untuk berkongsi atau memikirkan presepektif buruk orang disekeliling.

Saya sendiri pernah mengalami ujian yang agak perit dalam hidup. Lama, untuk saya faham apakah sebenarnya Allah nak beri. Tapi nak cakap manis yer biler di uji saya merasakan indahnya hidup sebagai seorang muslim dan semakin saya faham maksud Allah itu sentiasa dekat kepada kita seperti urat leher. Cuba fakir-fikirkan kita sendiri kita tau kat mana letaknaya urat leher kita kalau tak scan atau bedah.

Kenyataannya kita tak tahu, right. Tapi Allah tahu, kerana dia adalah pencipta kita. Ibarat seorang jurutera yang nak memcipta sebijik robot , pastinya dia lebih tahu mana letak wayar, enjin, kelebihan dan kekurangan cipataannya,, sebegitu jugak Allah.

Yang paling penting kita cuba selami diri kita, jangan jadi seorang pendendam seumpama kita menghina Allah, jangan terlupa apa yang berlaku semua mempunyai rahmat dan magfirah yang menanti.

Kepada saudara seislamku,, ambilllah kesempatan ketika ujian melanda ini untuk kita kenal Allah,,, kerana dia lebih berhak pada diri kita lebih dari , diri kita sendiri. Percayalah pada kasih sayang Allah,, jgn jadi pendendam. teruskan berusaha mengumpul mahar syurgawi..

elakukan kesilapan terhadap diri kita, bahkan digalakkan lagi untuk mendoakan dan Allah memberi hidayah kepada mereka.

Nampak macam nak tunjuk bagus lah plak yer,, cakap macam nie. Tapi kenyataannya ape yang saya cakap nie perlukan masa, untuk kita mendidik diri supaya redha dgn mehnah dan tribulasi dari Allah.