Pages

Tuesday, June 29, 2010

Allah is always by ur side.



dah lama sangat tak menulis ...arinie tibe-tibe jer datang mood nak menyampaikan sesuatu. Ada orang cakap klu kita tension elok klu kita wat apa yang kita suka.

erm,, teringat dulu pernah dgor dari mulut seorang sahabat..nabi ajar klu hati rasa tak tenang elok wat solat sunat dua rakaat. tapi kali nie pelik hati nie masih rasa tak cukup macam kurang oksigen nak berjalan pun tak lalu. selalunya klu sebut nak buka sem memang tak sabar nak balik tapi kali nie tak,,malas sangat sedih, sayu biler tengok muka abah dan mak betul tak sanggup nak balik time nie.

bukannya patah semangat or putus asa. tapi perasaan ,, bercampur-campur sekarang nie dengan ekonnomi tak stabil, masalah family memang dah tak da air mata nak turun, cukup! dah kering. nak perah tok dapatkan setitik pun payah..

dulu masa abah baru-baru balik dari mekah.. pernah tanya. "abah doa apa kat mekah?... doakan semua anak-anak abah jadi pejuang.." ya Allah dekat mindaku dah terbayang aku dan adik-beradik, ujian Allah lepas nie mesti lagi besar sebab bukan mudah untuk menjadi seorang pejuang. jalannya penuh dengan onak dan duri .. untuk sampai kepadanya mesti berjalan dengan berwaspada supaya tak terpijak duri dan masuk ke lorong yang salah.

sampai ke saat ini..biler aku tengok cahaya mentari.. aku pasakkan ke dalam ingatan apa yang aku pernah soal kat abah dulu.. matahari sentiasa ada memancarkan cahaya tapi terkadang cahayanya malap kerana di litupi awan.. kerana itulah jalan untuk menjadi pejuang Allah nie sangat mencabar perlu kan ketahan rohani dan jasmani yang kental tak mudah rebah, jatuh perlu bangun semula.

fitnah dan godaan dari setiap sudut pasti datang tak pernah padam, bahkan sentiasa singgah dan menrjah. tanamkan tekad dalam diri,, islam tetap dijunjung walau sakit yang melanda tak pernah surut walau sesat.. biarlah kerana orang yang banyak menaggis di dunia adalah orang yang paling banyak ketawa di akhirat, dan orang yang paling banyak ketawa adalah orang yang banyak menaggis di akhirat.

inilah resam anak seorang pejuang...Allah is always by ur side.