Pages

Thursday, February 17, 2011

Freedom House: Media Malaysia Masih 'tak bebas'



MEI 3, 10: Malaysia naik dua tangga untuk berada di kedudukan ke-141 dalam kebebasan akhbar yang dibuat oleh Freedom House di kalangan 196 negara. Bagaimanapun kedudukan terbaru itu masih menyaksikan negara berada di takuk terbawah di kategori 32 peratus negara yang tidak mempunyai media yang bebas.

Menurut kajian yang berpangkalan di Washington DC itu, Malaysia berkongsi tempat dengan Algeria dan Zambia. Antara sepuluh negara paling bebas ialah Finland, Iceland, Norway, Sweden, Denmark, Belgium, Luxembourg, Andorra, Switzerland dan Liechtenstein.

Manakala lima negara yang berada di tangga paling bawah ialah Eritrea (pada kedudukan 192), Libya (192), Burma (194), Turkmenistan (194) dan Korea Utara (196). Di rantau Asia Pasifik, kedudukan Malaysia masih ketinggalan di belakang jiran-jirannya seperti Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134).

Freedom House meletakkan media di Filipina, Indonesia dan Thailand di bawah kategori “sebahagian bebas”. Freedom House adalah kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa dan senarai kedudukan yang dikeluarkannya adalah sempena Hari Kebebasan Media Antarabangsa yang disambut setiap 3 Mei.

Blog Ibnu Hasyim:http://www.ibnuhasyim.com/2010/05/freedom-house-media-malaysia-masih-tak.html

Wednesday, February 16, 2011

maulidul rasul hari kewafatan nabi muhammad

seperti tahun-tahun yang berikut sambutan maulidul rasul disambut dengan perarakan sambil berselawat dari jalan ke jalan. tidak pernah berubah dan kita hanya mengambil mudah, sebenarnya dalam kemeriahan kita lupa pasa sesuatu.


pada hari yang sama jugalah rasulallah wafat, tidak pernahkah kita sensitif pada peristiwa kewafatan nabi. namun kita lupa bagaimana kelamnya dunia ketika wafatnya rasulallah. para sahabat bersedih hingga 'saidina umar berkata : ‘Aku tidak mendengar seorang pun berkata bahwa Rasulullah S.A.W meninggal kecuali aku penggal lehernya dengan pedangku ini.’ Dia kemudian berkata padaku: ‘Ayo pergi.


kita terlalu leka dan lalai, pada hari kita menyambut dengan gembira dan menjadikan ia satu adat, tapi pada hari yang sama kita kehilangan insan tersayang dan tercinta.


adakah islam mengajar kita untuk begini..?


adakah kita mengambil hikmah, mengapa Allah menjadikan hari kelahiran dan kawafatan rasulallah pada hari yang sama...?


pada hari sebelum kewafatan rasulallah, baginda sakit sehinga abu bakar diminta untuk menjadi imam subuh menggantikan rasulallah.

adakah kita hari ini menjaga hak Allah dan rasul.. mencintaiNya lebih dari diri sendiri dan seisi dunia...?


rasulallah tidak mengajar kita untuk menjadi ummat yang sebegini, tapi rasulallah dan para sahabat mengajar kita sentiasa bermuhasabah dan mengingati Allah.


lalu bagaimanakah pandangan kita tentang kesatuan ummat islam, berhimpun hanya untuk sesuatu perkara yang dapat memberi kesan populariti dan hiburan.


manakah tidak, maulidul rasul sendiri masih diselitkan dengan budaya sekularisme.

"islam hanya agama, bukan negara"

kita hanya menjadikan islam ketika iwaktu maulidul rasul. Bertudung, menutup aurat, berselawat dan membaca quran.

sedar atau tidak, kita harus ubah budaya mengadatkan selawat hanya ketika maulidul rasul. tapi mengambil hikmah kenapa Allah meletakkan tarikh kelahiran dan kewafatan nabi Muhammad pada satu tanggal .


kerana pada masa itulah musuh islam bergembira,

kerana pada masa itulah fitnah bermula,

kerana pada masa itulah murtad menjala,

kerana ketika itu jua kita kehilangan insan yang amat tercinta,

buat sahabat-sahabatku.

" andai kita ingin tahu dimana kerosakan dan kesilapan kita pada hari ini, kembalilah merujuk kepada sejarah dan mengenal kesilapan kita. kerana sejarah sudah dahulu menceritakan saat jatuh dan gemilangnya islam.

islam agama yang diredhai Allah, ia tidak pernah sama seperti agama-agama yang lain. oleh itu, buangkan dalam kotak fikiran kita islam itu sama seperti agama yang lain."


Menanti 'Parlimen Mahasiswa' sebenar


Sekadar Hiasan : Parlimen Mahasiswa di UK


Parlimen merupakan institusi agung bagi meluluskan rang undang-undang di negara yang mengamalkan demokrasi. Ahli parlimen mempunyai tugas penting untuk berbahas bagi menyelesaikan isu semasa demi kesejahteraan rakyat.

Pada awal tahun ini pihak Kementerian Pengajian Tinggi menyarankan institusi pengajian tinggi tempatan untuk menubuhkan Parlimen Mahasiswa sebagai platform untuk golongan itu mengutarakan pandangan berhubung isu-isu semasa dan yang berkaitan.

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, parlimen mahasiswa tersebut adalah sebagai landasan terbaik untuk mahasiswa bersuara justeru setiap universiti perlu mempunyai model Parlimen Mahasiswa sendiri

Sebelum ini, proses menyalurkan pendapat dilakukan melalui Majlis Perwakilan Pelajar atau persatuan, tetapi kedapatan ia kurang berkesan dalam mewakili suara mahasiswa.

Persidangan Parlimen Mahasiswa pertama telah diadakan buat kali pertama di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) 23 Oktober lepas. Sebelum itu Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP) USM dan MPP telah mengadakan bengkel penggubalan Parlimen Mahasiswa. Hal ini untuk memastikan kelangsungan kaedah, peraturan dan undang-undang parlimen tersebut.

Namun cakap-cakap dengan para peserta bengkel tersebut mendakwa terdapat kekeliruan dan kekaburan dengan pelaksanaan dan fungsi parlimen mahasiswa tersebut. Hal ini sudah terang lagi bersuluh kerana persidangan Parlimen Mahasiswa adalah dibatasi oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan juga bakal terikat dengan sebuah lagi akta yang dalam proses penggubalannya.

Perkara ini sekaligus mengundang suasana 'tidak kena' kerana melalui takrifan parlimen itu sendiri merujuk kepada sebuah majlis yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang.Justeru akan ada perbahasan yang sedia maklum akan menjangkaui 'isu-isu sensitif' dan bersifat dalaman.

Isu ini telah dibangkitkan oleh YB Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap yang mendakwa Parlimen Mahasiswa di negara ini masih dibayangi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), berbeza dengan Parlimen Mahasiswa yang diwujudkan di United Kingdom.

Di UK seperti mana yang kita ketahui, Parlimen Mahasiswa ditubuhkan,mereka mempunyai akta khusus menyebabkan mahasiswa yang memberikan pandangan dalam forum tersebut mempunyai kebebasan untuk menyatakan pandangan-pandangan mereka.

"Di Malaysia kita masih lagi mempunyai sekatan-sekatan seperti Auku yang menghalang kebebasan mahasiswa daripada menyuarakan pandangan.

"Sejauh mana inisiatif yang dibuat oleh menteri boleh memberikan mahasiswa suara yang ketiga dalam pembangunan negara kita?" soal beliau.

YB Nasir dalam soalan asalnya meminta Menteri Pengajian Tinggi (KPT) menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Parlimen Mahasiswa (Student Parliament/Youth Parliament) seperti mana yang dilaksanakan di UK sebagai bukti keterbukaan kerajaan mengiktiraf suara mahasiswa sebagai suara ketiga dalam menjadi rakan pembangunan negara dan juga menggalakkan mahasiswa terlibat secara progresif dan positif dalam politik negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung dalam jawapannya memberitahu bahawa KPT sememangnya menyokong dan menggalakkan pelaksanaan program-program pembangunan sahsiah pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk melalui pembentukan Parlimen Mahasiswa.

"Sesuai dengan kuasa autonomi yang ada pada IPT, Naib-Naib Canselor telah diberi kuasa dalam menguruskan hal-hal berkaitan perkara ini di IPT masing-masing," kata beliau.

Menurutnya, setakat ini USM telah melaksanakan model Parlimen Mahasiswanya yang tersendiri secara rasmi pada 23 Oktober lalu dengan dikenali sebagai Dewan Perundingan Pelajar (DPP).

Beliau bagaimanapun tidak menjawab persoalan sebenar mengenai kekangan mahasiswa di bawah Auku.

Isu Parlimen Mahasiswa ini juga turut disokong Datuk Bung Mokhtar Raden, Ahli Parlimen Kinabatangan yang mahu kerajaan melaksanakan Parlimen Mahasiswa secara keseluruhan (total).

"Persoalannya sekarang dengan keyakinan jitu daripada kementerian,apa halangannya untuk pihak kerajaan mewujudkan secara total Parlimen Mahasiswa kerana mahasiswa ini adalah aset negara.

"Daripada awal kita latih mereka, didik mereka bagaimana menjadi wakil rakyat, bagaimana nak bincang isu-isu yang relevan," katanya.

Tuesday, February 15, 2011

tiga kurun terbaik


Oleh : Abu al-Harith Muhammad Faiz Fathi Bin Asmori


خير القرون قرن الرسول عليه السلام ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم تنتشر المفاسد

SEBAIK-BAIK KURUN ADALAH KURUN RASULULLAH'ALAIHI SALAM, KEMUDIAN YANG MENGIKUTI SELEPAS MEREKA, KEMUDIAN YANG MENGIKUTI SELEPAS MEREKA, KEMUDIAN TERSEBARNYA KEROSAKAN.

أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي جَمْرَةَ سَمِعْتُ زَهْدَمَ بْنَ مُضَرِّبٍ سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ قَالَ عِمْرَانُ : فَلاَ أَدْرِي أَذَكَرَ بَعْدَ قَرْنِهِ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَشْهَدُونَ وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ وَيَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ وَيَنْذُرُونَ وَلاَ يَفُونَ وَيَظْهَرُ فِيهِمْ السِّمَنُ[1]

Maksudnya :

Syu'bah telah mengkhabarkan kepada kami, daripada Abu Jamrah, aku mendengar daripada Zahdam bin Mudarrib, aku mendengar daripada'Imran bin Husain r.anhuma, dia berkata : “Telah bersabda Rasulullah s.a.w : “Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka.Imran berkata :”Aku tidak tahu samaada disebut selepas kurunnya dua kurun atau tiga kurun. Kemudian sesungguhnya selepas kamu ada satu kaum yang bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mereka mengkhianati dan tidak dipercayai, mereka berjanji dan tidak menepati, dan jelas pada mereka tanda-tanda as-Siman.

(Riwayat al-Bukhari)

Manakala di dalam riwayat Muslim pula :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَيْرُ أُمَّتِي الْقَرْنُ الَّذِينَ يَلُونِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ قَوْمٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ[2]

Maksudnya :

Daripada Abdullah, beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : “Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka, selepas itu akan datang satu kaum di mana penyaksian salah seorang daripada mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului penyaksiannya.

(Riwayat Muslim)

Hadith di atas merupakan sebuah hadith yang menceritakan tentang kelebihan para sahabat dan kelebihan dua generasi selepas mereka yang mengikuti mereka. Mereka merupakan umat manusia terbaik yang diperakui sendiri oleh Nabi Muhammad tentang kebaikan mereka. Dan kebaikan yang diperakui di dalam hadith tersebut merupakan kebaikan dari segi pegangan aqidah, kefahaman dan amalan agama mereka yang betul, dan bukan kebaikan dari segi perkara keduniaan yang berkaitan dengan kemewahan,kebendaan dan sebagainya.[3]

Menurut Ibn Hajar, umat terbaik pada kurun baginda ialah para sahabat, kemudian yang mengikuti mereka merupakan para tabi’ dan yang mengikuti para tabi ialah para tabi’ tabi’in.[4]

Kemudian, selepas baginda s.a.w menyebut berkaitan umat terbaik, lalu baginda menyebut pula kerosakkan-kerosakkan yang akan berlaku selepas tiga zaman tersebut, antaranya ialah :

Sebuah kaum yang bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mereka mengkhianati dan tidak dipercayai, mereka berjanji dan tidak menepati, dan jelas pada mereka tanda-tanda as-Siman.

Manakala dalam hadith riwayat Muslim pula, Nabi s.a.w menyebut terdapat satu kaum yang mana penyaksian salah seorang daripada mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului penyaksiannya.

Pengajarannya :

  • Perakuan oleh Nabi s.a.w tentang kebaikan para sahabat, para tabi'in, dan tabi' tabi'in.
  • Perkhabaran dari Rasulullah tentang kerosakan umat selepas 3 kurun tersebut.
  • Hadith ini juga menunjukkan dalil sekiranya berlaku perpecahan, kembali merujuk kepada manhaj salaf. Sepertimana dalam hadith lain:

(( أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا ، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ )). [5]

Maksudnya :

Aku wasiatkan kepada kamu sekalian untuk bertaqwa kepada Allah dan sentiasa dengar dan taat walaupun yang memimpin kalian adalah seorang hamba habshi, maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup dikalangan kamu sekalian selepasku nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka ke atas kamu sekalian dengan sunnahku dan sunnah pemerintahan yang mendapat hidayah lagi bijaksana, berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu semua, dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan kerana sesungguhnya setiap perkara-perkara baru tersebut merupakan bid"ah, dan setiap yang bid"ah itu sesat.”

(Riwayat Abu Daud)

Begitu juga dalam firman Allah s.w.t :

وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (100)[6]

Maksudnya :

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

  • Baginda menyebutkan bahawa selepas kurun tabi' tabi'in akan ada satu kaum yang mana mereka bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mengkhianati dan tidak dipercayai, dan mereka berjanji tetapi tidak ditepati. Sebagaimana juga yang disebut di dalam hadith lain :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَالرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّة[7]

Maksudnya :

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu-daya. Ketika itu golongan benar dikatakan pembohong dan golongan pembohong dikatakan benar. Orang yang khianat dipercayai dan orang-orang yang benar dikhianati dan para ruwaibidhah akan menjadi jurucakapnya”. Sahabat bertanya: Siapa itu ruwaibidhah? Sabda Baginda: “Orang yang bodoh dalam urusan orang-ramai

(Riwayat Ibn Majah)


[1] Al-Bukhari, 1417H/1997M, Jil. 3, (62)-Kitab Fadail al-Sahabah, Bab 1, no. 3650 hlm. 1123.

[2] Muslim, 1418H/1997M, Jil. 4, (44)-Kitab Fadail al-Sahabah, Bab 52, no. 210 (2533), hlm. 268.

[3] Dr. Azwira, t.th, hlm. 59.

[4] Ibn Hajar, 2006M, Jil. 18, hlm. 370-372.

[5] Abu Daud, 1419H/1998M, 34-Kitab al-Sunnah, 6-Bab fi Luzum al-Sunnah, no. 4607, hlm. 699. Menurut al-Albani hadith ini Sahih. Rujuk Sunan Abu Daud, t.th, hlm. 691.

[6] Al-Taubat 9: 100

[7] Ibn Majah, 1422H/2001M, Kitab al-Fitan, Bab Shiddatu al-Zaman, no. 4036. hlm. 611. Menurut al-Albani hadith ini Sahih. Rujuk Sunan Ibn Majah, t.th, no. 4036. hlm. 667.

Thursday, February 10, 2011

dunia sementara

Permulaan kita rasa bahagia,

mudahan sampai hujung nyawa,

andai dipertengahan tak seperti disangka,

jangan rasa diri tak berguna,

jangan lupa kita ada Allah maha Esa,

Dia yg berkuasa,

mentadbir alam semesta,

memberi kelebihan pada yang disuka,

menarik nikmat dari siapa saja,

kita cuma hamba pada-Nya,

takkan lari dari aturan-Nya,

andai kita rasa berkuasa,

ingatlah Dia memberi pinjaman sementara,

Andai kita rasa keciwa,

jangan dilupa Dia ada penawar-Nya,

Bila kita perlukan teman bicara,

tak siapa akan tetap bersama,

melainkan al-Quran yang di sampaikan oleh-Nya,

jika kita perlu rakan bergurau senda,

takkan manusia sentiasa dengan kita,

oleh itu, peganglah sunnah Rasul-Nya,

Bila kita telah tua,

tak siapa ingatkan kita,

bah kan anak kadangkala lupa jasa,

jasa ayah bonda mereka,

ada yang sanggup hantar ke rumah orang tua,

ada pula yang tinggal saja merata,

jangan lupa, yg tinggal sendirian di teratak usang tua,

Bila kita punya bahtera,

jangan sombong angkuh depan rakan gurau senda,

jangan kita keji maki si pengemis buta,

bila mereka meminta,

berilah sekadar yang mampu di hulur tangan bukan mengata,

andai kita juga sedang perlukannya,

pinta saja maaf dari mereka,

kerana tak dapat membantu masa dan ketika,

tp ingt! jangan kita keji mereka,

kerana mereka juga punya perasaan sama mcm kita,

Punya hati yg perlu di jaga,

punya perut yg perlu diisi makanan sebagai alasnya,

Pernahkah kita membilang usia,

Berapa lama kita sujud pada pencipta?

berapa kali kita pergi menonton cerita dongeng bersuka ria,

Mana perginya matlamat kita,

sebelum lahir ke dunia,

kita telah berjanji taat setia,

takkan melanggar perintah Tuhan yg Esa,

tp apa yang kita beri pada-Nya??

Ingatkah kita pada rakan tawa,

kadangkala mereka menegur silap kita,

tp apa jawapan kita?

eleh, kau pun sama,

Adakah kita tahu mereka bagaimana,

mungkin dulu dia pendosa,

tp taknak kita terlibat sama,

sungguh mulia hasrat hatinya,

tp mengapa kita mempertikainya?

kenapa kita tak mahu menerima,

teguran yang baik dari mulut bekas pendosa,

bukankah saidina Ali berpesan dengan kata,

dengarlah teguran dari siapa saja,

walau pengemis, walau si buta,

jangan kita sombong bongkak terhadap nikmat yang ada,

Bila2 Allah boleh menariknya,

perlu di ingat jangan dilupa,

kita ada yang maha Kuasa,

Setiap hari kita ketawa,

bilakah masa utk mentadbih jiwa,

menenangkan hati mententeramkan jiwa,

kita kata kita bahagia,

tp benarkah semua?

jauh disudut hati kita tahu saja,

adakah bahagia, atau derita,

sebenarnya jiwa kita rasa tak selesa,

bila mana bergeluman dengan dosa,

tak yah cakap sapa2,

diri kita sendiri juga sama,

ada kala rasa bahagia,

bila kita buat dosa,

tp sampai satu masa,

adakah kita akan teruskannya,

oleh itu baiklah berhenti segera,

tak berguna sesalan diakhir nyawa,

bilamana malaikat datang menyapa,

sudahkah kita bersedia?

takkan kita dapat mengelaknya,

bila ajal sampai ke tengkuk kita,

masa itu, baru ingat nak beamal tak kira masa,

tp kita sudah terlewat masa di dunia,

kita kan tinggalkan alam fana,

di sana alam lain pula sedang menanti setia,

yang takpernah lupa janjinya,

bahawa kita akan singgah juga,

tak tahu bila penghujungnya,

tp kan tinggal buat sementara,

sebelum di hantar ke syurga atau neraka,

Samapi disini saja kata2 pesanan buat diriku yang hina,

moga2 berguna buat semua,

andai ada terguris dimana2,

silalah datang ambil pelasta,

kalau masih punya hati dan jiwa,

segeralah kita tinggalkan perkara sia2,

jangan sampai kita di kata penderhaka,

atau juga si pengkhianat agama,

aku tak kesah dengan bangsa,

asal saja Islam sebagai agama,

baiklah semua,

harap kita kan peroleh Redha-Nya.

by: mohamad hanafi sulaiman

Quran ada JalanNya

untuk sahabatku..


sahabat,,

kita tak pernah jauh,

tapi kita makin dekat dengan rabitah hati,

kita dekat dengan doa,

doa yang sering berpanjangan,

dlu kita lalai,

tak kenal erti tanggungjawab,

tapi kini kita sibuk dengan amanah,

tapi itu bukan ukuran,

kerana kita masih mengingati,

dalam doa,

moga kita bertemu di syurga,

kerana itu yang terbaik.

dari hilai ketawa,

tapi tiada nilai,

kita sentiasa dekat,

dalam doa,

moga ukhwah kita tak putus,

kerana jarak,

tapi makin utuh,

berkualiti,

untuk islam selama-lamnya,

moga kesedaran sentiasa bersama kita,

andai satu masa aku syahid,

aku akan menanti kalian,

titisan darah syahid sahabat-sahabatku,

kerana kita satu jalan,

demi islam,

sahabat,

dulu kita tak tahu apa tujuan hidup,

tapi kini,

selepas di tarbiyyah,

misi mula berubah,

ujian makin bertalu-talu,

tapi aku tak lupa pada suara-suara yang aku rindu,

zaman kenangan,

mahal dengan kenangan terindah,

tapi demi islam aku gagah jua,

hanya dengan doa penyambung rinduka pada kalian,

bila rindu datang,

aku tangkis dengan doa,

agar kalian juga sentiasa seiring denganku,

meniti jalan perjuangan,

demi ummat,

agar ada yang bisa menyambung,

ku harap ia adalah kalian ,

sahabatku sayang .