Pages

Friday, May 7, 2010

dendam..........

Dendam….

Dendam mmg setiap manusia lumrahnya ada sifat negetif dalam diri, keran kita bukan ma’sum terpelihara spt para nabi.

Tapi setakat mana perasaan dendam tue dapat memberi ketenangan dalam diri kita. maksud saya di sini apabila kita berdendam pada seseorang yang pernah mempermainkan, mengkhianati hidup kita. itu hanya memberi tekanan dan impak negetif pada setiap pandangan dan perbuatan kita.

Saya nie,, bercakap macam pakar kaunseling lah plak,, tapi percaya lah islam itu lebih banyak mengalakkan kita bersabar dan memberi kemaafan kepada orang yang telah m

Saya berpegang pada nasihat seorang sahabat, katanya “Allah akan redha, apabila kita redha pada dia”. Disini lah kata kunci untuk mencari ketenangan dalam setiap mehnah dan tribulasi.

Allah nak membeli kita untuk syurganya,, kerana syurga itu maharnya sangat mahal,, mana lah cukup dengan perkara biasa-biasa jew.

“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan, syurga bagi orang kafir”.

Caranya kita kena mentarbiyyah diri supaya salimul sodri atau berlapang dada.. serta bersangka baik pada Allah setiap waktu.

Tetapi kenyataan susahkan.

Sebab itulah Allah itu memberi kita ujian supaya kita kembali,, dan membina taqarrub dengan illahi. Kerana Allah tidak memberi ujian dan taklifat kepada hambanya di luar kemampuan.

Dalam kes dendam nie, kadang-kadang orang yang kita nampak low profile, hamble nie yang lebih memendam perasaan dan berisiko besar untuk menjadi pendendam, kerana mereka nie golongan yang jenis tidak mahu menceritakan masalah peribadi kepada orang lain. Akhirnya membawa kepada kemurungan dan tindakan yang luar biasa.

Bahaya kan sebenar orang yang macam tue, saya faham mungkin disebabkan fobia yang tinggi menyebabkan mereka nie takut untuk berkongsi atau memikirkan presepektif buruk orang disekeliling.

Saya sendiri pernah mengalami ujian yang agak perit dalam hidup. Lama, untuk saya faham apakah sebenarnya Allah nak beri. Tapi nak cakap manis yer biler di uji saya merasakan indahnya hidup sebagai seorang muslim dan semakin saya faham maksud Allah itu sentiasa dekat kepada kita seperti urat leher. Cuba fakir-fikirkan kita sendiri kita tau kat mana letaknaya urat leher kita kalau tak scan atau bedah.

Kenyataannya kita tak tahu, right. Tapi Allah tahu, kerana dia adalah pencipta kita. Ibarat seorang jurutera yang nak memcipta sebijik robot , pastinya dia lebih tahu mana letak wayar, enjin, kelebihan dan kekurangan cipataannya,, sebegitu jugak Allah.

Yang paling penting kita cuba selami diri kita, jangan jadi seorang pendendam seumpama kita menghina Allah, jangan terlupa apa yang berlaku semua mempunyai rahmat dan magfirah yang menanti.

Kepada saudara seislamku,, ambilllah kesempatan ketika ujian melanda ini untuk kita kenal Allah,,, kerana dia lebih berhak pada diri kita lebih dari , diri kita sendiri. Percayalah pada kasih sayang Allah,, jgn jadi pendendam. teruskan berusaha mengumpul mahar syurgawi..

elakukan kesilapan terhadap diri kita, bahkan digalakkan lagi untuk mendoakan dan Allah memberi hidayah kepada mereka.

Nampak macam nak tunjuk bagus lah plak yer,, cakap macam nie. Tapi kenyataannya ape yang saya cakap nie perlukan masa, untuk kita mendidik diri supaya redha dgn mehnah dan tribulasi dari Allah.

No comments:

Post a Comment