Pages

Saturday, May 8, 2010

Maha suci Allah yang menjadikan sekalian alam serta memberikan rezeki kepada semua makhluknya.

Tergerak hati untuk berkongsi ilmu yang setitik daripada air lautan ini kepada semua sahabat. diharap saya tidak menulis dengan panduan nafsu tetapi ilham daripada yang dianugerahkan kepada hati.
Cinta merupakan anugerah dan fitrah yang diberi Allah kepada manusia, nabi adam sendiri semasa berada disyurga merasakan kesunyian sehingga Allah menciptakan hawa kepada adam sebagai peneman dan pengubat kepada kesunyian yang dirasakan.

Tetapi hari ini, remaja bagaikan tiada lagi yang lebih utama selain bertuhankan cinta untuk segala hal, maka timbullah kalimah cinta terlarang.

Sedangkan islam itu konsepnya sangat luas, memerlukan kepada hubungan kepada iman, jihad, kepimpinan dan sesame manusia.

Sedangkan sejarah telah membuktikan tertegakkannya islam itu daripada kehebatan para remaja seperti saladin dan al-fateh. Yang mana pembukaan kota contanstinopal itu daripada seorang remaja. Sedih sangat melihat diri remaja yang semakin hanyut, tidak sedarkah kita kehidupan kita didunia mempunyai tugas yang tidak menjamin kerehatan.

Hari ini, saya semakin faham bahana ujian cinta terlarang nie. Kita tengok tiap waktu ada sahaja kes rogol, buang bayi, anak luar nikah dan macam hal lah.

Kalau sahabat- sahabat masih ingat kisah,, aisyah yang murtad,, juga disebabkan kisah cinta terlarang,, mmg susah nak tarbiyyah hati supaya lebih mengutamakan cinta Illahi dan rasul.

Dalam al-quran menyebut nabi itu lebih utama dari orang mukmin,, kadang –kadang disebabkan cinta kita lebuh mengutamakan kekasih lebih daripada diri sendiri, sebab itulah kita kena lebihkan Allah dan rasul dari diri sebdiri dan keluarga.

Satu lagi kalau kita ikut, setiap kali berlangsung sambutan new year, merdeka pasti besok yer,, keluar kat berita tangkapan haluwat secara yang meningkat drastik.

Pastu, sembilan bulan yer bertebur lah dalam tong-tong sampah baby yang kena buang . itulah bahana yer cinta terlarang.

No comments:

Post a Comment