Pages

Friday, February 4, 2011

tun mahathir perlu salurkan kepandaiannya pada tempat yang betul


Harakahdaily [Image]KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.
"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."
Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.
"Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," kata Nik Aziz dalam tulisannya itu.
Berikut adalah tulisan Nik Aziz sepenuhnya.

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.
Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24
Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.
[Image]Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.
Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.
Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)
Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.
Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?
Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?
Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.
Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.
Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)
Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.
Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!
Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?
Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.
Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?
Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?
Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.
Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!
Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.
Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.
Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.
Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?
Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Top of Form

Bottom of Form

Wednesday, February 2, 2011

PTPTN , PTPTPU...................

PTPTN = PTPTPu........

Assalamualaikum
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan,
Para Sahabat, Isteri,
Para Ulama', Fuqaha' dan Muslim sekalian.

Lama jgk tak menaip panjang, tp hari ni tetap tak nak menaip, nak Copy n Paste je..hehe..


Helah Dalam Sistem Ujrah
super sensitif: baca atas risiko sendiri. Ini adalah pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi AFN

Salam,


1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

_________________
ad-diyari.com

http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&

Tuesday, January 11, 2011

kita biasa mendengar ibu bapa mendidik anak -anak mereka dengan menunaikan solat, menutup aurat dan perkara-perkara lain dalam agama. tapi ibu bapa lupa mengajar anak untuk berda'wah dan berpolitik. bukankah kesemua perkara ini penting, tapi kita sering menjadi mengasingkan antara kedua perkara ini.

mereka seperti mendapat sindrom down apabila mendengar, anak remaja yang hidup di Ipta atau di sekolah menengah berbicara tentang politik. Yang mereka mahukan cukuplah anak itu berjaya menjadi soleh dan baik, malah boleh berdiam diri melihat anak remaja mereka leka menghadap PS2. katanya golongan anak muda yang suka bersuara menenteng kebatilan, penipuan ini "gila da'wah".

tahun 2o11 merupakan merupakan arus kepada tranfomasi, dari pemikiran yang meleset. Baru sahaja melepasi satu gerbang himpunan mega mahasiswa di kampus sendiri.melihat betapa hebatnya mereka yang terdidik dengan arus da'wah , meletus suara-suara keramat. yang mana mahu pandangan tidak dibiarkan sepi.

biar seribu orang yang datang dengan niat mahu menjatuhkan, mahasiswa tetap akan menjalankan tugas sebagai pendesak kebenaran. Hari ini, merupakan sejarah yang terlakar pada 11.1.11 dan akan terus -mererus melangkah. tiada lagi masa untuk menoleh kebelakang walau sebesar mana kawah metioriet yang jatuh, LANGKAH akan tetap diatur kemas.

malah mahasiswa kian berjiwa besar, walau diri sekecil kuman pun suaranya akan tetap bergaung didengari di setiap pelusuk ruang-ruang vakuam. Bukan mahu menjadi kurang ajar, pada insan yang lebih tua tetapi niat mahu membetulkan kelompongan, kerana mahasiswa kini dan selamanya adalah golongan yang sedar dan peduli.

keramatnya hari ini, mahu memberi ubat pada luka yang dalam supaya tidak menjadi kronik dan parah. Biar perhitungan ini di kira terus ketika hidup, sebelum jasad bertemu roh di akhirat. andai bertemu di akhirat lain pula cara hukuman dan pengadilan, malah lebih dahsyat.

Friday, January 7, 2011

jangan dicabar kuasa ILLAHI andai diri sekecil kuman.



Sejak dari zaman sekolah lagi saya memang suka sangat dengan mata pelajaran sejarah, tapi markah sejarah selalu sangat tak melebihi A1hahaha. Tetapi yang peliknya minat tue bermula ketika di tingkatan 4 sampai lah biler masuk tingkatan 6 atas di sekolah agama menengah tinggi batu 38 saas. ketika itu memang sentiasa nak pulun habis dalam kelas, tak penah curi-curi tidur sebab tekad nak amik undang-undang, tapi janji Allah rancangan Dia lebih baik sekarang nie selamat menduduki kuliyyah usuluddin tahun 3.
Dalam buku "Islam Liberal dan pluralisme Agama" betapa pentingnya kita perlu mengenal sejarah dan belajar dari sejarah kerana sebagai contoh, Kassim Ahmad dalam bukunya Hadis:
" untuk mengetahui di mana umat islam telah tersilap bila mereka mendapati diri mereka terjebak dalam kemerosotan berpanjangan, kita harus mengesan langkah-langkah kita kepada sejarah.

Para orientalis sentiasa menyerang kepada 3 faktor utama kekuatan umat islam Al-Quran. As-sunnah dan Syariah islam dan fiqh. mereka menabur virus penipuan kepada rasulallah bahawa Al-Quran adalah hanya dari khayalan rasulallah bukan daripada wahyu. sehinggakan Allah mencabar mereka dalam Al-quran supaya mereka mencipta ayat semisal Al-quran sekiranya ia hanya rekaan Muhammad.

"Dan jika kamu meragukan (Al-quran) yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah,jika kamu orang yang benar. Jika kamu tidak mampu membuatnya, dan (pasti) tidak akan mampu, maka takutlah kamu akan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disedikan kepada orang kafir. al-baqarah (23:24).

Pada hari ini kita lihat betapa terkesannya ummat islam dengan tipu muslihat mereka bilangan ummat islam zaman kini lebih banyak dari sahabat terdahulu, tetapi kita kekurangan kualiti seperti buih-buih di lautan yang tidak bernilai. Hanya untuk mengeluarkan keringat dan peluh untuk kegiatan islam dan jihad kita sudah mengeluh, pantang mendengar upah dan wang berpusu-pusu semua berlari sehingga lupa pada ukhwah dan agama. Kenapa ini berlaku wahai sahabat-sahabatku, kerana ada di kalangan kita yang mengaku islam tapi merupakan'gunting dalam lipatan' menjual agama dengan harga yang murah. Hati-hati mereka lebih cenderung kepada dunia hingga takut kepada mati dan tiada sedikit pun persaan cinta kepada akhirat.

Sampai bila kita harus berpeluk tubuh menanti keajaiban bahawa islam akan menang di akhir zaman, sedangakan kita leka menuang tekak dengan darah saudara kita di Palestine. Menjadikan trend menyambut tahun baru dengan arak dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Sehingga ada ayah yang sanggup mendukung anak-anak mereka ketengkuk untuk melihat bunga api, mengeluarkan bajet yang besar demi memenuhi kehendak semasa yang menyalahi akidah demi dilihat up date.

Kembalilah kepada sejarah, tiada gunanya bermimpi di siang hari. Ada yang berkata kita tidak akan kembali seperti sejarah zaman sahabat kerana rasulallah sudah tiada (wafat) mustahil sekali. Mereka lupa, selagi di genggam Al-quran dan sunnah dan sejarah semuanya tidak akan mustahil. Andai pada hari ini kita di salahkan kenapa remaja lebih gemar mengambil mudah dalam hal agama, kerana kesalahan itu terletak pada jiwa pemimpin yang gemar menolak hukum Allah. Tidak berfikir demi kemaslahatan umat tapi berfikir untuk kemaslahatan poket keroni dengan kenaikan harga minyak dan gula, sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak yang berkualiti yang tinggi tetapi rakyat yang menangung kesan atas sikap tidak amanah kerajaan.

Mungkin kepanasan api neraka, yang di ceritakan oleh Allah dalam Al-quran masih tidak menakutkan hati-hati mereka sehingga Allah perlu membayar cash atas semua perbuatan khianat mereka pada rakyat seperti kaum luth dan lain-lain.

Muhasabah diri pada sejarah kerana telah lebih dahulu makan garam dari kita yang baru setahun jagung, jangan di cabar kuasa Illahi andai diri sekecil kuman.

Thursday, December 30, 2010


Andainya esok bukan milik ku lagi,
ku Harap perkuburanku jangan diratapi,
tapi sirami dengan kalimah y mengingati Illahi,
Andainya esok bukan milik ku lagi,
teruskan perjuangan wahai sahabatku,
usah menoleh pada mehnah ini,
kau y hidup perlu terus dengan da'wah,
supaya islam terus tertegak,
kerana aku adalah hamba.
Dia berhak mengambil bila sudah tiba ajalku.

Andai esk juga bukan milikku,
Jangan kau sebar keburukanku,
Andai esk bukan untukku,
Jangan kau lupa yang aku tak pernah membenci saudaraku,
Andai esok bukan milikku lagi,
Ingatlah, janji Allah PASTI,
Doakan kebaikan utk kita semua nanti,
InsyaAllah di syurga menanti

Jika hari ini kau takut,
Ingatlah Allah sentiasa bersama,
Andai Esok kau peroleh kekuatan,
jangan di lupa, yang takkan selamanya,
Jangan sekali menyalahkan takdir, namun berilah kekuatan pada diri,
Jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu,
kerna ia memang bukan milikmu!

Kekuatan Islam pada umatnya,
Saling memberi,
juga tangan terbuka menerima,
Bukan kerana membalas,
tp kerana kewajipan,
Ingatlah dalam mendung itu, akan datang pelangi,
begitu juga kehidupan,
dalam berduka, Allah janjikan kegembiraan,
utk mendapatkan, perlukan kekuatan,
atas nama SABAR

Diri sekecil ini,
nk berdiri diluar sana,
seolah bagai semut mendaki gunung,
Diri lemah, kerana sering melakukan dosa,
Kekuatan yang diidam sering tergendala kerana nafsu,
Untuk mendaki gunung tinggi,
Bukan sekadar perlu semangat, tp bantuan Ilahi.






Sunday, July 4, 2010

pengorbanan... ibu dan ayah hingga ke syurga.


Kamu balik sekolah, buka pintu pandang muka ibu dan ayah dengan perasaan belas kasihan pun Allah dah bagi pahala, " kata ustaz", semasa ceramah maulud rasul di tingakatan 2. dalam hati terdetik masyallah Dia memang Maha pemurah just pandang muka je baru, itu belum lagi wat amalan lain dah berapa aku dapat dalam satu hari best giler. masa sekolah guru dan ustaz memang selalu bagi pesanan klu kamu nak natijah kamu ok senang nak menghafal jangan lupa redho dan doa ibu ayah kamu yang sangat pentingn klu boleh time kamu exam suh depa puasa dan baca yasin.. masyallah begitu hebat.

sampaikan jika kita mahukan redho Allah daripada redho kedua ibu ayah, so klu depa tak suka Allah pun tak suka, kalu depa marah Allah lagi murka. macam itulah Allah mengangkat darjat kedua ibu dan
Ayah. begitulah, samapaikan dalam satu riwayat hadis: "sabda rasulullah ketika mana baginda di tanya siapakah orang yang wajid di taati selepas Allah dan rasul, baginda menjawab ibumu. kemudian sahabat itu bertanya selepas itu ibumu, kemudian nya lagi ya rasulullah ibumu, kemudian barulah ayahmu".

demikian darjat seorang ibu sellepas rasulullah menyebut kali ketiga barulah ayah. namun kini kita lihat, fenomena anak membuang ayah dan ibu di tepi jalan bagaikan sudah menjadi lumrah sedangkan ketika kita kecil nyamuk seekor pun mereka tidak keruan berkorban demi anak-anak sehingga keperluan sendiri pun tidak dihiraukan.. sebab itu

dalam al-quran Allah menyebut " dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baaik kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandung dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah yang menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kedua orang tuamu" luqman:14 .
anak-anak harus bersyukur dengan nikmat Allah yang memberikan kita ibu bapa yang penyayang ,sanggup berkordan dan mentarbiah kita sejak dari kecil. bukan sedikit curah dan bakti yang dihulurkan oleh mereka sehingga kita berjaya ke menara gading dan menjadi orang yang berguna.

tetapi ada anak yang sanggup menetak ibu hanya kerana tidak dapat membeli dadah, berjudi dan berseronok, sedang itu yang mereka harapkan untuk membela kita sehingga besar. binalah ketulusan hati dan berkorban demi rahmat dan redho mereka.. sedih kita, sakit kita mereka terima demi rasa kasih sayang meraka. jangan lah menempoah murka sahabat ingat neraka balasannya, derhaka seksaanya sangat pedih.

sakaratul maut..


kematian itu adalah milik Allah, kadang-kadang kita nampak seseorang itu sihat tak de masalah dan tidak pernah menghidapi penyakit.. bersembang dan bergelak ketawa tetapi pada esok harinya sampai berita sipulan meninggal. benar kematian itu datang secara tiba-tiba tibak berbau sama ada hari ini, esok, bulan hadapan atau tahun hadapan tidak ada seorang yang menggetahui kecuali Allah. bahkan dimana akan kita mati, bagaimana caranya kemalangan, sakit atau di bunuh pun kita tidak mengetahui. oleh itu kita haruslah sentiasa bersedia dan memperbaharui iman dan diri. bahkan di ceritakan dalam satu riwayat," rasulullah ketika di hujung-hujung hayatnya lebih banyak meningkat zikrullah sehingg baginda ditegur oleh Aisyah kerana kemana-mana sahaja baginda pergi sentiasa dengan zikrullah dari mulutnya. dijawab oleh baginda salahkah aku menjadi orang yang bersyukur". tetapi apa yang sering kita dengar dari sesetengah masyarakat yang merasakan ajal itu hanya tiba di akhir hayat mereka.. sering kedengaran " hidup sekali jer so enjoy lah puas-puas" tak pun " kita dah banyak bersedekah, tolong orang so tak kan lah cukup nak masuk syurga" sedangkan disisi Allah kita masih tidak mengetahui amal itu diterima atau ditolak. hanya amal yang ikhlas dan bukan riak sahaja yang diterima oleh Allah, kerana Allah sangat mengetahui apa yang ada dihati manusia. firman Allah : " sesungguhnya Allah itu dekat seperti urat lehar".

manusia sering lalai dengan harta dunia sehingga mereka menjadi hamba kepada wang ringgit, emas, intan berlian dan harta benda. sabda rasulullah: "dunia ini ibarat seorang musafir yang lalu di bawah sebatang pokok, maka musafir itu berehat dan meninggalkan pokok tersebut"begitulah keadaan dunia yang tidak mempunyai nilai langsung di sisi Allah SWT. dunia ini ibarat ladang untuk bercucuk tanam dan akhirat adalah tempat untuk menuai, jika buruk amalan di dunia maka buruklah hasil tuain kita di akhrirat. bayangkan pada masa itu wang ringgit, isteri,anak dan pangkat tidaka kan dapat membantu walau sedikit pun hanya amal soleh yang di lakukan kerana Allah sahaja yang diterima di depan Allah.

jadi sentiasa lah bersedia untuk menuju Akhrat dan kematian, kembalilah kepada Allah selagi pintu taubat masih terbuka luas dan janganlah memandang remeh serta menghina orang yang memberi peringgatan kepada kita semua. pastinya ada sebab kenapa Allah merahsiakan waktu ajal dan kiamat, supaya kita sentiasa bersedia.

untuk mendapat mati yang husnul khotimah dan tenang bukan mudah perlikan usaha yang mantap dan berganda-ganda.. berubahlah selagi ajal belum tiba diusia muda yang masih gagah perkasa, tidak sakit dan semasa masih kaya.