Pages

Thursday, July 1, 2010

' gantelman ' dalam islam




Rasulullah adalah contoh terbaik yang menyayangi isteri serta mengurus keluarga dengan menggunakan kata-kata yang indah ketika melayan anak-anak dan isteri-isterinya. diriwayatkan dalam satu kisah ketika rasulullah sedang solat telah datang hasan dan hussin (cucu) bermain ditengkuk rasulallah sehingga menyebabkan jemaah yang lain berasa pelik kepada nabi kerana terlalu lama sujud. bayangkan sekiranya belaku kepada kita pada hari ini ketika solat anak-anak datang mengganggu pastinya kecoh satu hari di ungkit-ungkit tak tau menjaga nak dan pelbagai lagi. perasaan sabar itu mmg sangat indah sehinggakan Allah menyebut dalam al-quran " sesungguhnya Allah bersama orang bersabar) al-baqarah.

bahkan jika di perhatikan dalam hadis yang lain, ketika rasulullah SAW ingin menegur isterinya yang melakukan kesilapan " Aisyah sedang marah, Nabi SAW memicit hidungnya, lalu berkata : Ya Uwaisy : Ya Allah yang merupakan Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku, dan hilangkan kekerasan hatiku, dan selamatkan aku daripada fitnah yang menyesatkan.

jelas hadis
ini mengajar kita bagaimana akhlak rasulullah dalam mengurus psikologi isterinya ketika menegur.

No comments:

Post a Comment