Pages

Thursday, July 1, 2010



sambungan petikan di atas,

Banyak hadis yang menyentuh tentang kisah tersebut antaranya doa terhadap kumpulan Quraisy yang menzalimi baginda " ya Allah ambilah tindakan-Mu terhadap Quraisy" (riwayat bukhari).

adapaun sesama muslim perkara yang patut diutamakan memberikan kemaafan atau memohon hidayah kepada si zalim.

sabda nabi SAW "sedekeh tidak akan mengurangakan harat, Allah akan tambah kemulian untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bersikap tawaduk kerana Allah , melaiankan Allah yang mengangkatnya."

adapun jika kita hendak juga agar Allah mengambil tindakan kepadanya, maka pastikan dahulu memang kita dizalimi oleh individu berkenaan terbukti benar-benar zalim.

kita hendaklah sentiasa bimbang doa orang yang kita zalimi. akan ada masanya Allah mustajabkan doa insan yang dizalimi .

sabda nabi SAW " takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguhnya antaranya dengan Allah tiada hijab (penghalang). ertinya, walaupun orang yang zalin itu tidak baik agamanya, tetapi perbuatan zalim tetap akan dibalas oleh Allah .

dalam riwayat al-imam Muslim seorang sahabat besar nabi SAW, iaitu Sa'id bin ZAid telah berdoa kepada Allah kerana Arwa binti Aus menfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada gabenor Marwan al-Hakam yang mana beliau telah berdoa " Ya Allah jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahanya".

maka Arwa pada akhir hayatnya buta dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam lubang di tanahnya sendiri.

dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan ada penduduk kufah memprtikaikan kepimpinan gabenor Sa'ad bin Abi WAqqas sedangkan dia sahabat nabi yang besar dan pemimpin yang soleh. khalifah umar menggantikan Sa'ad bin Waqqas dengan Ammar bin Yasir.

ketika siasatan dijalankan rakyat memuji kepimpinan Sa'ad, kecuali di Masjid Bani 'Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan " sesungguhnya Sa'ad tidak menyertai perang, tidak membahagikan harta secara saksama dan tidak adil dalam hukuman.

Sa'ad menjawab : "Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara : "Ya Allah jika hamba-Mu ini (penuduh) seorang pendusta tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangkan kefakiranya dan dedahkannya kepada fitnah". maka lelaki itu hidup dalam kefakiran sehingga umur terlalu lanjut tapi masih menganggu gadis-gadis di tepi jalan dan cuba meraba mereka.

No comments:

Post a Comment