Pages

Friday, July 2, 2010

Open your Eyes (Maher Zain with inspiring lyrics) Ruben AbuBakr 神様に感謝いたします。

semoga lagu ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua.. bahawa telah banyak bukti kekuasan Allah cuma bagi mereka yang buta hati sahaja tidak tahu menilai. nikmat yang diberikan terlalu banyak sehingga kini tidak terkira oleh itu kembalilah sesungguhnya jalan kenenaran itu sentiasa terbentang luas, dan jadilah hamba yang tahu bersyukur..

sambungan dari "gentelman dalam islam"..

dalam soala rumah tangga , rasulullah ada mempunyai ramai isteri dan Baginda telah berjaya mengawal isteri-isternya dengan baik. Baginda tidak pernah bermasam muka, malah mengungkapkan kata yang sopan seta berhikmah kepada isteri-isteri nabi.

dirawayat Saidatina Aisyah:" pada suatu malam beliau terlelap ketika sedang menunggu rasulullah pulang dari masjid, sehingga tidak sedar yang rasulullah telah pulang. ketika nabi sampai dirumah baginda memberi salam dan didapati salamnya tidak di jawab, lalu baginda tidak menganggu Aisyah dan tidur diluar rumah. Sebaik sahaja Aisyah membuka pintu, didapati nabi berada diluar rumah disini rasulullah tidak berasa marah kepada Aisyah bahkan baginda yang meminta maaf kerana pulang terlalu lewat dan tidak sampai hati mengejutkan Aisyah".

suami adalah ketua dan pemimpin rumah tangga walaupun dia tidak berupaya mencari nafkah berikutan maslah kesihatan dan isteri yang mengambil tangunggajawab mencari nafkah, namun tangunggjawab meminpin rumah tangga tetap di dahu suami.

firman Allah: " kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertangunggajawab terhadap kaum perempuan" . tetapi meskipun demikian suami tidak boleh mengambil kesempatan dengan sewenag-wenangnya dengan memukul, mendera, cemburu buta serta haruan makan anak kepada anak dan juga isteri. sekiranya hal begitu berlaku mereka boleh dikira sebagai suami yang nusyuz.

Thursday, July 1, 2010

' gantelman ' dalam islam




Rasulullah adalah contoh terbaik yang menyayangi isteri serta mengurus keluarga dengan menggunakan kata-kata yang indah ketika melayan anak-anak dan isteri-isterinya. diriwayatkan dalam satu kisah ketika rasulullah sedang solat telah datang hasan dan hussin (cucu) bermain ditengkuk rasulallah sehingga menyebabkan jemaah yang lain berasa pelik kepada nabi kerana terlalu lama sujud. bayangkan sekiranya belaku kepada kita pada hari ini ketika solat anak-anak datang mengganggu pastinya kecoh satu hari di ungkit-ungkit tak tau menjaga nak dan pelbagai lagi. perasaan sabar itu mmg sangat indah sehinggakan Allah menyebut dalam al-quran " sesungguhnya Allah bersama orang bersabar) al-baqarah.

bahkan jika di perhatikan dalam hadis yang lain, ketika rasulullah SAW ingin menegur isterinya yang melakukan kesilapan " Aisyah sedang marah, Nabi SAW memicit hidungnya, lalu berkata : Ya Uwaisy : Ya Allah yang merupakan Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku, dan hilangkan kekerasan hatiku, dan selamatkan aku daripada fitnah yang menyesatkan.

jelas hadis
ini mengajar kita bagaimana akhlak rasulullah dalam mengurus psikologi isterinya ketika menegur.

nusyuz pukul isteri dalam islam..


Wanita di bekalkan dengan sembilan nafsu dan akal, berbeza dengan lelaki yang mempunyai satu nafsu tetapi sembilan akal.nafsu itu bukan saja terhad pada seks semata-mata, tetapi nafsu menyebabkan seorang tidak mudah sabar,berprasngka buruk, pemarah, boros,sentitif dan sebagainya.

atas dasar itulah wanita perlu dibimbing oleh lelaki agar segala tindak-tanduknya tidak m engikut perasan semata-mata, namun islam tidak membenarka
n kekasaran sehingga mencederakan.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "jangan kalian pukul kaum permpuan!". dalam hadis yang lain, Baginda menjelaskan, sebaik-baik lelaki atau suami adalah yang berbuat baik kepada isterinya.

namun konsep memukul isteri boleh dilihat pada sudut tertentu, misalnya dalam situasi apa, tujuan apa, dan cara memukulnya bagaimana.

seorang suami boleh memukul isterinya yang terlihat tanda-tanda nusyuz. "isteri nusyuz ialah tidak lagi menghormati, mencintai, manjaga dan memuliakan suami. isteri yang tidak lagi komited dengan perkhawinan yang di bina bersama.

justeru al-quran menerangkan bagaimana cara mentarbiah isteri yang nusyuz ke arah acuan islam dengan penuh berhikmah (cerdik), iaitu pada awal-awal masalah suami perlu menasihati secara berhikmah, sekiranya masih tidak berubah suami boleh berpisah tempat tidur dengan isteri dengan cara berpaling muka dari melihat isteri ketika tidur sekatil, tindakan ini secara langsung akan merasang isteri menyedari kesilapan yang dilakukan. sekiranya jika masih berdegil baru boleh dipukul untuk memberi kesedaran tetapi bukan untuk menyakiti tubuh badannya.

seorang suami perlu peka dan faham denga jelas bagaimana cara memukul yang diajar dalam islam, kerana pukulan ini hanya untuk mendidik bukan dengan cara sepuas-pusa hati. dalam islam menerangkan suami boleh memukul dengan syarat telah berusaha mengajar isteri dengan dua cara diatas kemudiannya tidak boleh memukul muka dan pukulan itu tidak menyakitkan iaitu tidak meninggalkan bekas sehingga tulangnya retak dan tidak pada bahagian tubuh yang berbahaya jika terkena pukulan
.

selain itu, sekiranya masalah masih berpanjangan boleh merujuk kepada orang tengah untuk membantu menyelesaikan masalah ibu bapa, ustaz serta individu yang dipercayai bukan mereka sebaragan.

seperti masalah tadi, sekiranya isteri itu bukanlah dari jenis yang degil tetapi yang baik pastinya tindakan suami berpaling muka ketika tidur pun sudah menyentuh hati dan memberi kesedaran. Allah menciptakan sesuatu nuzum kerana Dia mengenali ciptaannya pasti Dia mentarbiah hamba-Nya dengan cara yang terbaik. jangan melulu dalam membuat keputusan.

dalam hal ini, saya menyentuh sedikit senario masyarakat sekarang yang lebih gemar menolak hukum-hukum Allah dan hanya mengambil pd sesetengah hukum yang dirasakan menguntukkan pihak mereka spt dalam masalah harta pusaka, cerai, perkahwinan sedangkan undang-undang dahulu yang telah berjaya membuktikan mampu melahirkan generasi yang bagus dari semua aspek akhlak, muamalat, siasah , ekonomi, ketenteraan dan banyak lagi.

janganlah kita hanya menjadi islam ketika hadir di mahkamah syariah, bertudung, berbaju kurung, serta berkopiah tetapi diluar semua itu hanyalah menjadi hinaan baginya.




sambungan petikan di atas,

Banyak hadis yang menyentuh tentang kisah tersebut antaranya doa terhadap kumpulan Quraisy yang menzalimi baginda " ya Allah ambilah tindakan-Mu terhadap Quraisy" (riwayat bukhari).

adapaun sesama muslim perkara yang patut diutamakan memberikan kemaafan atau memohon hidayah kepada si zalim.

sabda nabi SAW "sedekeh tidak akan mengurangakan harat, Allah akan tambah kemulian untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bersikap tawaduk kerana Allah , melaiankan Allah yang mengangkatnya."

adapun jika kita hendak juga agar Allah mengambil tindakan kepadanya, maka pastikan dahulu memang kita dizalimi oleh individu berkenaan terbukti benar-benar zalim.

kita hendaklah sentiasa bimbang doa orang yang kita zalimi. akan ada masanya Allah mustajabkan doa insan yang dizalimi .

sabda nabi SAW " takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguhnya antaranya dengan Allah tiada hijab (penghalang). ertinya, walaupun orang yang zalin itu tidak baik agamanya, tetapi perbuatan zalim tetap akan dibalas oleh Allah .

dalam riwayat al-imam Muslim seorang sahabat besar nabi SAW, iaitu Sa'id bin ZAid telah berdoa kepada Allah kerana Arwa binti Aus menfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada gabenor Marwan al-Hakam yang mana beliau telah berdoa " Ya Allah jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahanya".

maka Arwa pada akhir hayatnya buta dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam lubang di tanahnya sendiri.

dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan ada penduduk kufah memprtikaikan kepimpinan gabenor Sa'ad bin Abi WAqqas sedangkan dia sahabat nabi yang besar dan pemimpin yang soleh. khalifah umar menggantikan Sa'ad bin Waqqas dengan Ammar bin Yasir.

ketika siasatan dijalankan rakyat memuji kepimpinan Sa'ad, kecuali di Masjid Bani 'Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan " sesungguhnya Sa'ad tidak menyertai perang, tidak membahagikan harta secara saksama dan tidak adil dalam hukuman.

Sa'ad menjawab : "Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara : "Ya Allah jika hamba-Mu ini (penuduh) seorang pendusta tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangkan kefakiranya dan dedahkannya kepada fitnah". maka lelaki itu hidup dalam kefakiran sehingga umur terlalu lanjut tapi masih menganggu gadis-gadis di tepi jalan dan cuba meraba mereka.

doa meminta bala pada orang yang zalim

sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain,maka akan ada pembalasan Allah ktan mereka yang zae atasnya sekalipun orang yang dizalimi telah pun mati, atau gagal bertindak apa-apa.

Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim dan di akhirat kelak setiap perbutan mereka akan dibalas oleh Allah tanpa seinci pun yang tinggal.. jika tidak di dunia, akhirat tetap menanti.

sabda nabi SAW:" segala hak akan dibayar pada empunya pada hari kiamat,sehinggakan akan di balas kepada biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya pada biri-biri yang bertanduk"
sesungguhnya nasib orang yang dizalimi tidak akan disia-siakan pada hari kiamat kelak. si zalim akan berhadapan dengan mahkamah Allah di mahsyar dan amalan baiknya akan kita perolehi.

sabda nabi SAW: sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain) spt maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (hari kiamat). sekiranya baginya kebaikan (amal soleh) maka akan di ambil mengikut kadar kezalimannya . jika tiada kebaikan , maka akan diambil dos arang yang di zalimi lalu di tanggung atasnya.

berdasarkan hadis-hadis, nabi SAW pernah berdoa agar Allah mengambil tindakan ke atas musuh-musuh islam

Tuesday, June 29, 2010

Allah is always by ur side.



dah lama sangat tak menulis ...arinie tibe-tibe jer datang mood nak menyampaikan sesuatu. Ada orang cakap klu kita tension elok klu kita wat apa yang kita suka.

erm,, teringat dulu pernah dgor dari mulut seorang sahabat..nabi ajar klu hati rasa tak tenang elok wat solat sunat dua rakaat. tapi kali nie pelik hati nie masih rasa tak cukup macam kurang oksigen nak berjalan pun tak lalu. selalunya klu sebut nak buka sem memang tak sabar nak balik tapi kali nie tak,,malas sangat sedih, sayu biler tengok muka abah dan mak betul tak sanggup nak balik time nie.

bukannya patah semangat or putus asa. tapi perasaan ,, bercampur-campur sekarang nie dengan ekonnomi tak stabil, masalah family memang dah tak da air mata nak turun, cukup! dah kering. nak perah tok dapatkan setitik pun payah..

dulu masa abah baru-baru balik dari mekah.. pernah tanya. "abah doa apa kat mekah?... doakan semua anak-anak abah jadi pejuang.." ya Allah dekat mindaku dah terbayang aku dan adik-beradik, ujian Allah lepas nie mesti lagi besar sebab bukan mudah untuk menjadi seorang pejuang. jalannya penuh dengan onak dan duri .. untuk sampai kepadanya mesti berjalan dengan berwaspada supaya tak terpijak duri dan masuk ke lorong yang salah.

sampai ke saat ini..biler aku tengok cahaya mentari.. aku pasakkan ke dalam ingatan apa yang aku pernah soal kat abah dulu.. matahari sentiasa ada memancarkan cahaya tapi terkadang cahayanya malap kerana di litupi awan.. kerana itulah jalan untuk menjadi pejuang Allah nie sangat mencabar perlu kan ketahan rohani dan jasmani yang kental tak mudah rebah, jatuh perlu bangun semula.

fitnah dan godaan dari setiap sudut pasti datang tak pernah padam, bahkan sentiasa singgah dan menrjah. tanamkan tekad dalam diri,, islam tetap dijunjung walau sakit yang melanda tak pernah surut walau sesat.. biarlah kerana orang yang banyak menaggis di dunia adalah orang yang paling banyak ketawa di akhirat, dan orang yang paling banyak ketawa adalah orang yang banyak menaggis di akhirat.

inilah resam anak seorang pejuang...Allah is always by ur side.